19 Ogo 2009

Mencari Ketenangan Dengan Zikrullah

Kesan Zikir Terhadap Otak
[ SUMBER ARTIKEL - www.iluvislam.com]
PenaHalaqah
Editor : doraemong13


Jajarkan ke Tengah


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.





Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

30 Jun 2009

Arus Hidup Silih Berganti...

Justify Full
Assalaamualaikum wtb, salam ceria.

Sesungguhnya hidup ini ibarat 'roda yang sentiasa berputar'. Kendalinya adalah kita sebagai pemandu.

Sebagai pemandu dalam kehidupan kita masing-masing di dunia ini, kita dibekali dengan 'Qolbu' & 'Aqal' oleh ALLAH SWT. Manakala keduanya itu pula wajib digunakan dengan 'kompas kehidupan' iaitu 'AL-QURAN & AS-SUNNAH'.

Maka, dalam kehidupan berpijak dibumi nyata ini, pelbagai rencah kehidupan sebagai insan sekaligus makhlukNYA akan kita hadapi. Ada yang berkaitan ujian tuntutan fizikal / jasmani; seumpama sakit, derita, cedera dll. Ada pula ujian lazim secara rohani / emosi; seumpama sedih gembira, suka duka, tawa riang, murung dll. Kaya miskin, luwes papa kedana, jutawan fakir dll. Semuanya berupa ujian nisbi atau relatif mengikut orangnya, tempatnya, kedudukannya, zamannya dll...

Apa jua, sepanjang hayat manusia... sepanjang sejarahnya... sepanjang kehidupan ini... semua itu biasa-biasa saja dan tidak akan pernah sirna dalam hidup makhluk khususnya kita sebagai manusia yang ada 'taklif' tersendiri, tidak seperti makhluk gratis berkaki dua atau empat dll yang hidupnya kosong.

Sedarlah kita, semua itu adalah proses dalam putaran hidup kita. Lalu marilah kita warnai seluruh hidup kita ini dengan nilai yang sewajarnya kita dambakan. Yang menguntungkan hidup kita kini dan selamanya. Yang meriangkan hati kita dan menyejukkan rasa orang lain. Dan yang paling penting hidup yang mengikut sunnah Nabi-Nya; diberkati lagi diredhai oleh ALLAH SWT yang kasih sayangNya [rahmah] tidak berpenghujung...

Ameeen... hidup ini adalah perputaran sejarah hayat kita!

Wassalam.

18 Jun 2009

Selamat 'Beramal' semula cikgu-cikgu...

Assalamualaikum wtb...

Bertemu kembali di dalam ruangan maya ini.

Saya mengucapkan selamat 'beramal' kembali kepada cikgu-cikgu sekalian selepas kita bercuti selama 2 minggu. Masa cuti yang lepas semestinya mahu saja dirancang bersama dengan keluarga. Cuti perdana bersama dengan family la katakan...

Namun, ternyata musim cuti yang ditunggu-tunggu rupanya hanya mimpi saja. Biasalah. Sebagai guru atau pengajar, istilah cuti ni tidak semestinya kita bercuti sakan seperti disangka orang. Betullah tu. Masa cuti masih banyak program atau aktiviti yang perlu kita semua terlibat sama. Naik monyok? Tak boleh. Sebab memang kerja kita memajukan murid. Nak kata tak aci, kawan-kawan guru yang lain kan cuti tiada pun aktiviti??!! Sudah tentu jawapnya - sekolah kita dengan dorang tak sama. Mana boleh nak banding-banding.

Alaaa... banyak perkara di dunia ni kita tak puas hati. Nak ikutkan rasa hati, semua akan jadi tak adil. Kekadang, ada masa kita nak sangat yang ada kat orang lain. Padahal itu belum tentu sesuai dan identik dengan kita. Kadang kita tak nak yang ini. Mahu juga yang itu. Padahal yang ditangan sebenarnya lebih baik dan ngam dengan kita daripada yang kita terliur-liur. Kita ambil yang 'pas' dengan kita sajalah. Kadang yang kita mahuuuu sangat tidak pun ngam dengan kita. Dah dapat alaaahai rugiii saja. Tidak ngam. Tidak boleh pakai. Baru padan muka.

So... jomlah kita buat semua kerja ajar-mengajar ini dengan rasa hati yang redha dan ok-ok saja. Kita kerja ni sebenarnya kita 'beramal'. Nah! kalau begitu kerja kita akan memuaskan hati dan sudah tentu kita dapat pahala daripadaNYA. InsyaALLAH.

Dalam berorganisasi... rasa tak puas hati, 'bias', rasa tidak adil dan sebagainya memang biasa. Namanya saja manusia. Rambut sama hitam, hati tentu berbeza. Apa juga yang berlaku dan dirasai dalam berorganisasi dan kerjasama, itu adalah asam garam! Dalam sebuah rumahtangga pun kan begitu? Mak dengan Ayah bukannya selamanya seiring dan sejalan dalam berfikir dan bertindak. Tapi tiada juga Mak dan Ayah yang maaaasam saja atau diiingin saja sepanjang masa. Dalam hidup suka duka, tawa tangis, gembira hiba dll itu adalah bak 'bunga-bunga' yang berwarna-warni di taman kehidupan. Andailah bunga itu warnanya putiiih semua, aduh pemandangan tentu tak seru. Warna-warni bunga itulah yang mencantikkan, menyerikan dan mengindahkan serta menyegarkan mata memandang. Dari mata yang melihat lalu ketenangan muncul di mata hati; lalu ilham yang cerdas akan berpadu. Akhirnya akal dan minda pun menghasilkan idea-idea dan cetusan yang bernas dan sangat bervariasi.

Di situlah sigma kepuasan yang tersendiri akan terwujud. 'Amal' itu akan menjadi satu tuntutan dan tanggungjawab yang dirasakan meresap mendarah daging. Lalu usaha untuk mencapai yang terbaik akan membuak-buak dan menggelora di dalam hati.

Semoga, kita semua akan menjadi pendidik yang berjaya membentuk negara bangsa yang terbaik!

Wassalam

28 Mei 2009

khutbah 'Takut Yang Sudah Tercabut Itu'

KHUTBAH JUMAAT: TAKUT YANG SUDAH TERCABUT ITU
May 15th, 2009

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta’aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.
Takut kepada panas, menyelamatkan manusia daripada tercedera memegang api.
Takut kepada penyakit dan kesakitan, menjadikan manusia berusaha lebih untuk menjaga kesihatan.
Takut kepada rompakan dan kehilangan, manusia akan menjaga aspek-aspek sekuriti di kediaman masing-masing.
Semua perasaan takut itu adalah untuk membantu manusia menjaga kualiti hidupnya kerana untuk selamat, manusia perlu bertindak lebih pantas daripada proses berfikir. Takut menghasilkan tindakan spontan yang diperlukan.
Begitu jugalah dengan sifat-sifat kontras yang lain di dalam diri manusia. Sifat marah, cemburu, dendam, letih dan mengantuk, biar pun lazimnya dianggap negatif, hakikatnya ia mempunyai peranan yang tersendiri dalam menghasilkan manfaat dan mencegah mudarat dalam kehidupan manusia.

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[Al-Syams 91: 7-10]
Sifat takut ini boleh berubah daripada baik kepada buruk, apabila ia tidak diletakkan kena pada tempatnya. Apabila perasaan takut itu melebihi keperluannya, maka manusia yang selamat kerana memanfaatkan rasa takut yang betul, berubah menjadi manusia yang penakut hingga merosakkan diri.
Cicak mungkin disangkanya buaya.
Cacing mungkin disangkanya ular.
Perkara kecil menjadi besar… tatkala takut hilang batasan dan menguasai diri melebihi keperluan.
Justeru Allah Subhanahu wa Taala mengingatkan orang-orang yang beriman, agar belajar menguruskan ketakutan. Mereka juga diberi peringatan supaya menyiapkan diri, bahawa ada keadaannya, orang-orang yang beriman ini akan diuji oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan beberapa cabaran kehidupan termasuk ujian berupa ketakutan.
Firman Allah Subhanahu wa Taala di dalam al-Quran:

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” [Al-Baqarah 2: 155]
Di dalam ayat ini, Allah Azza wa Jalla menerangkan kepada kaum yang beriman bahawa keimanan mereka kepada Allah harus meningkat dari satu tahap ke satu tahap, dan peningkatan itu berlaku melalui kejayaan mereka menangani dan menguruskan beberapa ujian kehidupan. Antara yang disebut di dalam ayat itu:
1. Ketakutan
2. Kelaparan
3. Kekurangan harta
4. Ancaman nyawa
5. Kehilangan sumber tanaman atau sumber pendapatan
Inilah bentuk ujian yang akan melazimi kehidupan orang-orang yang beriman. Kesemuanya datang dengan maksud yang jelas, iaitu sebagai desakan daripada Allah untuk menzahirkan siapakah di kalangan kita yang akan bertindak secara yang terbaik di dalam hidup ini, tatkala berdepan dengan ujian-ujian berkenaan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

Dialah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan kamu sebagai ujian untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat). [al-Mulk : 2]
Antara ujian yang tersenarai itu, Allah Subhanahu wa Taala meletakkan ujian ketakutan sebagai ujian pertama, kerana ketakutan itu boleh bersarang dan menguji manusia sebelum ujian yang sebenarnya terjadi. Seorang yang mahu mengamalkan Islam, mungkin membayangkan kesusahan hidupnya apabila pilihannya tidak disenangi rakan, susah mahu naik pangkat, susah nak dapat tender, dan pelbagai lagi kerisauan dan ketakutan yang muncul di dalam diri, sebelum ia sebenar-benarnya berlaku. Bahkan mungkin ia tidak akan berlaku.
Justeru, seorang mukmin diperingatkan oleh Allah supaya membina kekuatan dan keberanian sebagai sebahagian daripada pembinaan iman.
Allah memujuk orang-orang yang beriman agar membuang rasa takut itu dengan beberapa cara. Misalnya, di awal ayat itu, Allah menggunakan kalimah ???? yang memberikan makna sedikit. Maka sesungguhnya sebesar mana sekali pun ujian yang mendatang, ia hanya secebis dan sedikit daripada ketakutan yang sebenar.
Masakan tidak.
Jika kita takut dengan cakap-cakap orang apabila kita memilih untuk menutup aurat, sebesar manakah ketakutan itu jika dibandingkan dengan ketakutan Akhirat tatkala kealpaan kita daripada mematuhi Allah bakal menerima akibatnya yang Maha Dahsyat. Jika kita takut kepada sedikit kehilangan harta benda semata-mata kerana menolak rezeki yang haram, apalah sangat ketakutan itu berbanding ketakutan ancaman Allah untuk membakar setiap inci daging tubuh yang tumbuh dari sumber yang haram?
Sesungguhnya ketakutan di dunia, hanya ketakutan yang sedikit.
Maka janganlah sekali-kali perasaan takut menyebabkan kita hilang keupayaan dan kekuatan untuk mentaati Allah di akhir zaman yang penuh fitnah dan mehnah ini. Ia hanya mengundang kehinaan diri, apatah lagi jika ketakutan itu ditambah lagi pula dengan rasa cinta yang mendalam kepada dunia dan kehidupan.
Di dalam sepotong hadith yang panjang, berlaku sahabat bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramaisekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]
Sesungguhnya jangan kita hairan terhadap nasib umat Islam yang ditekan dan dihina pada hari ini. Allah mencabut rasa gerun dari jiwa musuh terhadap kita, disebabkan oleh penyakit hina yang membelenggu diri. Itulah penyakit WAHAN.
Cintakan dunia, dan membenci kematian.
Lupakah kita kepada seruan tentera Saad bin Abi Waqqas semasa masuk ke daerah tanah besar China?
“Kami adalah kaum yang mencintai kematian seperti kamu cintakan kehidupan”
Kata-kata itu bukan ancaman bunuh, tetapi suatu penegasan terhadap prinsip dan keseriusan umat Islam terhadap visi dan misi hidupnya. Kata-kata itulah yang menjadikan Islam, diterima dan berkembang luas di China, lama sebelum Islam menjengah Kepulauan Melayu, suatu ketika dahulu.
Buangkanlah rasa takut yang membelenggu kita daripada berperanan dalam kehidupan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
TIDAK TAKUT
Hari ini, kita berdepan dengan suatu fenomena yang luar biasa.
Ketika orang yang baik-baik semakin takut-takut untuk mempertahankan prinsip dan keimanannya kepada Allah, manusia yang lupakan Allah pula semakin hilang rasa takut dalam kehidupan.
Manusia menjadi terlalu berani, hingga mereka sanggup melakukan kerja-kerja yang merbahaya, tanpa sebarang manfaat atau sebab yang layak untuk berkorban hingga mati.
Anak-anak semakin liar dan berani, hingga tiada sekelumit rasa takut di jiwa mereka kepada ibu bapa dan guru. Golongan yang digelar sebagai Mat Rempit tidak takut dengan ancaman kematian, atau kecacatan diri yang serius andai mereka terlibat di dalam kemalangan jalan raya, malah ada sesetengah program yang secara sengaja, mencabar ketakutan manusia untuk fitrah itu dilumpuh, dibunuh atau dimatikan sepenuhnya. Rancangan seperti Fear Factor, adalah rancangan yang secara khusus menyediakan ruang untuk manusia bertanding membuang rasa takut di dalam diri mereka.
Apabila anak-anak tidak takut kepada ibu bapa dan guru, apabila Mat Rempit menganggap hukuman undang-undang, pecah kepala berderai otak, dan lumpuh separuh badan hingga menjadi beban kepada ibu bapa yang sudah puas membasuh berak kencingnya semasa kecil, semua itu sekadar gurauan dan permainan, seluruh masyarakat menanggung sakitnya.
Seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan taraf pendidikan, kesemuanya menanggung kesusahan dan ancaman, dek hilangnya rasa takut daripada naluri manusia seperti ini.
Lebih membimbangkan, terhapusnya rasa takut itu bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak remaja kita dan kelompok Mat Rempit, namun musibah terbesarnya ialah apabila perasaan takut itu tercabut dari jiwa para penjenayah!
Biar pun hukuman gantung diperkenalkan sebagai hukuman mandatori ke atas kesalahan pengedaran dadah, jenayah itu tidak pernah merosot. Pelbagai undang-undang diperkenalkan untuk mengekang jenayah dan mengugut pelakunya, tiada sebarang peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan itu, mampu menimbulkan rasa takut dan gerun di jiwa penjenayah dan masyarakat keseluruhannya.
Lihat sahaja di negara seperti Amerika Syarikat, hukuman penjara yang diperkenalkan, ada di antaranya yang tidak masuk akal. Hukuman penjara mencecah 500 tahun dikenakan ke atas James Downs, seorang bekas pekerja gereja New Destiny Christian di Laveen atas 28 kesalahan jenayah seks di luar tabii dengan kanak-kanak di bawah umur.
Apakah hukuman sedemikian rupa berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara itu? Jauh sekali.
Malah di sesetengah negeri di Amerika Syarikat, ada hukuman bunuh yang sangat kejam diperkenalkan. Hukuman mati di kerusi elektrik, mungkin merupakan salah satu bentuk hukuman mati yang paling mengerikan malah menyeksa penjenayah pada kadar yang tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia. Hukuman itu diperkenalkan di Amerika Syarikat seawal tahun 1890 malah turut pernah digunakan di Filipina. Namun hukuman yang amat kejam ini, tidak sama sekali menyumbang kepada merosotnya kadar jenayah di kedua-dua negara berkenaan.
Apabila penjenayah sudah tiada rasa takut, ia menjadi bencana yang menimpa seluruh anggota masyarakat. Tidur malam tidak lena, berjalan siang resah menyerang, setiap detik dan saat adalah peluang untuk jenayah berlaku dan kita mungkin mangsa yang berikutnya.
Sesungguhnya,
Hanya ada satu sahaja undang-undang yang memilik unsur ketakutan yang tidak ada pada hukuman sekejam kerusi elektrik atau penjara 500 tahun. Undang-undang ini tidak kejam tetapi ia amat mengkucar kacirkan fikiran manusia. Belum lagi ia dilaksanakan, penyataan untuk melaksanakannya sudah cukup menimbulkan pelbagai huru hara dalam kehidupan manusia.
Orang tidur bangkit terjaga.
Orang berjaga mengigau di siang masa.
Orang cerdik menjadi bodoh.
Orang bodoh turut tergopoh-gopoh.
Itulah hukuman Allah. Hukuman yang ditentukan oleh Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai hati manusia. Tuhan yang membuka hati kepada rasa takut, dan Tuhan yang menutup hati hingga tercabut kegerunan dan ketakutan. Hukuman itu adalah resepi tunggal, untuk manusia bisa ditundukkan kembali kepada undang-undang dan kehidupan berperaturan.
Hukum Allah, tatkala ia dibawa ke meja perbincangan, sudah cukup untuk menimbulkan rasa bimbang, rungsing dan takut yang membingungkan. Kenyataan-kenyataan seperti makan sup tangan, atau jalan tidak berturap kerana batu habis terpakai untuk merejam penzina dan macam-macam lagi kenyataan lucu yang menyakitkan iman pada yang mendengarnya, timbul di sana sini.
Chaotic atau kehuru-haraan itu bukanlah terjadi secara kebetulan. Ia berbalik kepada unsur-unsur khusus yang terdapat di dalam falsafah undang-undang Qisas, Hudud dan Takzir itu.
Misalnya Allah Subhanahu wa Ta’aala berfirman:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Maaidah 5: 38]
Takut itu adalah perasaan hati.
Hati itu milik Allah.
Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsur nakaalan minaLlaah itulah yang tidak wujud di dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.
Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.
Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.
Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret sepuasnya.

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya” [Hadith Muttafaq 'alayh]
Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri basikal di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.
Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.
Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

19 Mei 2009

Citra ISLAM di Nusantara

Peredaran sejarah seperti telah membawa kembali unsur-unsur imperialisme budaya baru dalam konteks sezaman. Kebudayaan asing terutama budaya hedonisme Amerika dan Barat diterima tanpa ukuran moral atau akhlak dalam perspektif budaya dan agama sendiri lagi. Maraknya gejala sosial dan budaya hedonisme di kalangan generasi muda terutama dikalangan anak-anak remaja dan penyakit rakus serta gila kuasa di kalangan orang dewasa dan para pemimpin, adalah bukti jelas daripada tindak tanduk penyimpangan daripada pola yang diterima turun temurun ini, suatu akibat daripada kecuaian dan kelalaian yang membawa kepada terhakisnya pendidikan agama dan nilai budaya.

Cabaran pada abad ke 21, mahu tidak mahu umat serumpun Melayu sama ada yang beragama Islam atau beragama lain akan menghadapi suatu zaman kemajuan yang luar biasa khususnya pengaruh teknologi moden. Pencapaian manusia dalam ilmu sains ini menjadikan kita berhadapan dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, sehingga sesuatu yang tidak dapat kita bayangkan. Manusia kadangkala terjebak oleh akal dengan pengaruh pemikiran dan falsafah atau berasaskan kepercayaan ciptaan manusia sendiri. Manusia mula menunjukkan tanda-tanda penolakan terhadap agama wahyu. Pengaruh globalisasi, pascamodenisme dan liberalisasi menuntut gerakan agama dan para ulamanya perlu bersama melibatkan diri menghuraikan kekusutan konflik peradaban corak baharu yang mengasak kesejahteraan dan kebahagian manusia. Ada suatu macam penolakan tentang the grand narrative yang ditanzilkan dari langit itu. Namun begitu dengan kepakaran dan pencapaian manusia sehebat itu pun, manusia belum dapat atau tidak berjaya sepenuhnya memberikan ketenangan kepada manusia sendiri. Mereka mengadu takut, luntur kebahagiaan, resah gelisah, berduka cita dan sakit jiwa. Di Eropah dan Amerika atau dikalangan penganut agama falsafah ciptaan manusia itu, ada penyakit rohani yang sukar diubati lagi. Mereka sendiri oleh kurangnya penghayatan dan gagalnya menghayati panduan sebenar terus tidak berdaya mengubatinya hatta dengan menggunakan unsur-unsur kemajuan dan kecanggihan teknologi baru yang dicipta itu.

Kini kerana pengaruh asing yang tidak terkawal dan salah tafsiran dalam kesepaduan ilmu antara tuntutan duniawi dan ukhrawi, maka perlumbaan memperoleh ilmu dibataskan kepada kemakmuran duniawi semata-mata. Matlamat keilmuan demi keimanan, ketakwaan, keikhlasan, warak dan tawadhuk dengan keunggulan akhlak mulia hilang daripada sahsiah para ilmuwan sendiri. Krisis aqidah dan lunturnya teladan Islam daripada para ilmuwan tadi mengakibatkan timbulnya aneka masalah keruntuhan akhlak umat Islam zaman moden ini. Jalan penyelesaian gagal dicari dan umat kekal terbelenggu dalam kemelut yang tidak menentu. Tujuan keseimbangan kehidupan antara duniawi dan ukhrawi, urusan agama dan dunia, pemerintah dan rakyat, manusia dan alam tabii, umat dan negara, hak dan kekuatan, benda dan roh, wahyu Ilahi dan kreativiti terlihat kehilangan konsep ‘al-hikmah’ dan ‘al-mizan’. Manusia dibelenggui belitan syaitan dengan kegilaan kepada kekayaan harta benda dan ketinggian darjat serta terpinggirnya upaya memperjuangkan ‘ketinggian kalimatullah’ dalam pendidikan manusia.

Dikalangan umat Islam global juga mula dibimbangi bahawa pengaruh-pengaruh sedemikian akan mula menyelinap masuk mempengaruhi kehidupan kebudayaan sejahtera yang mereka miliki. Ancaman pengaruh itu tersebar melalui media elektronik seperti telivisyen, radio, CD Rom dan internet atau banyak juga melalui filem Hollywood dan Bollywood. Negara-negara Islam dijebak oleh agenda perangkap persaingan agama atau perancangan strategik global yang dipasang oleh Yahudi dan Nasrani. Sesuatu perlu dilakukan bertujuan membetulkan kembali konflik budaya dan isu akidah umat masa kini. Umpamanya sudah ada tendensi dikalangan belia Islam bukan sahaja di rantau Melayu bahkan di seluruh dunia Islam mengambil bahagian dan merayakan Hari Memperingati Kekasih (Valentine’s Day) pada 14 Februari setiap tahun, sesuatu yang mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Perayaan zaman pertengahan di Perancis dan England itu mengaitkan tarikh memperingati peristiwa Saint Valentine, seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II, kerana mengahwinkan seorang askar secara rahsia yang ditegah oleh undang-undang Rom ketika itu, sebagai hari mencari pasangan atau jodoh, anggapan ‘hari burung-burung mencari pasangan’. Hal ini ternyata bercanggah dengan lunas-lunas Islam kerana Islam menganjurkan kasih sayang sepanjang masa dengan keutamaan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan sesama manusia.

Musuh-musuh Islam di mana-mana telah memulakan agenda dan menggunakan segala macam alasan bagi mensahihkan sesuatu tindakan termasuk pencerobohan, penaklukan dan peperangan. Peperangan dan pencerobohan di Afghanistan dan Iraq atau isu-isu kemanusiaan di Kosova, Bosnia-Herzevogina dan Chechen sukar sekali untuk dirasionalisasikan kebenaran dan keadilan tindakan oleh sesuatu adikuasa asing yang terlibat. Dunia amat memerlukan suatu risalah yang boleh mengubah keadaan ini. Kelihatan benar bahawa tiada risalah lain lagi kecuali Islam. Risalah ini dimiliki oleh umat Islam. Suatu risalah yang membawa kepada kebahagiaan di akhirat dan tidak menegah kehidupan dengan segala kesejahteraannya di dunia dengan pola hubungan manusia dengan Tuhan (hablunminallah) dan hubungan yang saling membantu sesama manusia (hablunminannas).

Di tangan umat Islam adalah Al-Quran, sebuah kitab yang satu-satunya dipelihara Allah sesudah Taurat, Zabur dan Injil itu terbatal, sesuai dengan Islam itu sebagai agama samawi dan kitabnya ditanzilkan. Isu keganasan yang dicanangkan seawal abad ke 21 dengan mencorengkan arang fitnah ke muka Islam sengaja diada-adakan yang perlu diberikan penjelasan secara ilmu dan hakikat kebenaran. Kitab itu menjadi bahtera kebahagiaan untuk umat Islam dan umat manusia sejagat. Umat Islam pula sebagai suatu umat pilihan tidak harus terperangkap oleh kelemahan diri, terpesong oleh arah pandu musuh dan semata-mata mempersoalkan perkara remeh temeh secara berlarutan tanpa mengambil kira masalah-masalah kehidupan dengan tidak meletakkan fiqh mengikut keutamaan (fiqh al-awlawiyat) dengan segala tindakan berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadith.

Hakikat umat Islam itu sebagai umat yang satu perlu sentiasa kekal disemadikan di lubuk hati. Kekuatan rohani dan risalah Islamiah yang dimiliki umat Islam adalah anugerah yang teristimewa berbanding dengan mana-mana umat sebelumnya. Umat Melayu Islam seharusnya berada sama di barisan hadapan membawa risalah perjuangan (jihad) sejagat dengan mendukung kehidupan berpakat, bermuafakat, bermesyuarah atau mengamalkan tradisi budaya Melayu yang menekankan kerjasama dan gotong-royong itu dalam membangunkan umat sesuai dengan tuntutan Islam. Umat Islam bukan lahir untuk hidup bersendirian dan meletakkan kepentingan diri sebagai agenda utama, tetapi bertindak membawa kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat. Risalahnya menuntut perseimbangan antara keperluan jasmaniah dengan rohaniah, menghimpunkan antara iman, ilmu dan amal, mengimbangi dunia dan akhirat dan menyemarakkan kepentingan individu dengan kepentingan umum.

Sesungguhnya kita ingin melihat suatu kesegaran baru kebangkitan semula umat Islam di Dunia Melayu melalui dorongan keikhlasan para ulama di serata wilayah dan kota-kota penting dalam gerakan intelektualisme bangsa, ikut terlibat membangunkan kebudayaan tinggi dan mengisi segala sumber kekuatan peradaban Melayu. Umat perlu sedar dan insaf serta kembali kepada kesedaran aqidah yang lebih mendasari berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Krisis umat Islam hari ini adalah krisis aqidah sehingga tidak tahu lagi membezakan halal haram atau buruk baik. Tradisi ilmu semakin menyempit dan gejala hiburan melampaui batas agama dan fitrah kemanusiaan sedang berleluasa. Lambat laun Dunia Melayu akan berwajahkan barat dan mengamalkan kebiasaan-kebiasaan budaya Barat. Saluran media elektronik rantau Melayu, terutama televisyen memaparkan segala keburukan Barat sebagai kebaikan untuk timur. Sesuatu tindakan mesti dilakukan segera agar umat Islam serantau tidak terjebak lebih meluas dan mendalam. Kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial bangsa, baik di Malaysia mahu pun di Indonesia, Brunei, Thailand dan Filipina tidak boleh dibiarkan tanpa perimbangan atau selitan keagamaan dan nilai budaya. Sistem politik sebagai teras kepemimpinan yang menentukan dasar-dasar sesebuah negara tadi tidak terlepas bebas dari keperluan kepada panduan Islam.

PENUTUP

Sesungguhnya citra Islam adalah citra ilmu, citra dakwah dan jihad, juga citra hidup bersih dan benar. Semoga kita pada hari ini mampu sedikit sebanyak memulihkan citra ini, atau setidak-tidaknya menyingkap kembali citra yang pernah dimainkan para ulama terdahulu dalam usahanya membimbing umat ke jalan hidup yang benar, disamping sekaligus membentuk budaya hidup dan pola berfikir masyarakatnya. Kita ingin melihat satu suasana ilmu dan budaya berfikir kembali cemerlang dan mendapat tempatnya yang layak dalam era globalisasi, liberalisasi dan pascamodenisme sekarang ini, di samping tentunya, tanpa mengabaikan kemudahan kebendaan dan kesenangan hidup demi hasanah dunia dan hasanah akhirat. Manusia akan menghadapi krisis tamadun atau pertembungan peradaban, seandainya tidak berpegang kepada keagamaan kerana ternyata gelombang baru peradaban manusia dalam konsep pascamodenismenya itu terang-terang menolak kehidupan yang berdasarkan kepada agama wahyu, apa lagi Islam.

Iman Senjata Utama dan Taqwa Bekalan Utama

Iman Senjata Utama dan Taqwa Bekalan Utama

RISALATUL-IKHWAN,

Bil. 29, Jumaat 29 Ramadhan 1417, (7 feb. 1997)

Dari pena Mustafa Masyhur

IMAN SENJATA UTAMA DAN TAQWA BEKALAN UTAMA

Iman dan Pertolongan Allah

Sesungguhnya keadaan umat Islam menimbulkan rasa belas dan takut .. kelemahan, perselisihan, penguasaan musuh dan tipu daya mereka terhadap Islam dan Muslimin …. semua faktor-faktor ini mungkin menimbulkan sedikit rasa putus asa atau kecewa di dalam jiwa, tetapi keimanan kepada Allah dan merasa mulia dengan agamanya, jihad pada jalannya serta cinta kepada mati syahid tetap menimbulkan harapan yang besar terhadap pertolongan Allah. Adapun Allah adalah maha suci, maha kuat lagi berkuasa. Dialah penolong bagi hamba-hambanya yang beriman dan penunduk orang orang yang bongkak daripada musuh-musuhNya. Adapun kita di dalam bulan Ramadhan ini yang merupakan bulan kemenangan di mana peperangan Badar adalah sebaik-baik saksi terhadap pertolongan Allah bagi hamba-hambaNya yang beriman walaupun mereka sedikit. Allah berfirman

“Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta dengan orang-orang yang sabar” (al-Baqarah: 249)

dan lagi

“(yang sebenarnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar” (al Anfal: 17)

Benar, sesungguhnya musuh zionis bermegah-megah dan mengiklankan permusuhannya serta niatnya yang keji terhadap orang-orang Palestin bahkan terhadap Muslimin seluruhnya, dan apa yang disembunyikan di sebalik hati-hati mereka adalah lebih besar. Sesungguhnya ia telah merampas satu cebisan yang begitu mulia daripada tanah air Islam kerana padanyalah al Masjidil Aqsa, qiblat yang pertama dan “Haram” yang ketiga. Berita-berita tentang penyambungan terowong di bawah masjidil Aqsa menunjukkan niat mereka untuk mendedahkan kepada kemusnahan. Dia juga berterusan untuk menyahudikan al Quds dan mengeluarkan orang-orang Palestin daripada timur al Quds. Mereka juga menuduh Siria membantu Hizbullah di Lubnan yang mempertahankan bumi Lubnan yang terjajah. Begitulah mereka bertindak seolah-olah merekalah tuan punya tanah dan tuan-tuan yang sebenar merupakan perampas. Kita juga mendapati Amerika dan beberapa negara barat menyokongnya dalam pencerobohannya dan kesombongannya. Begitu juga kita melihat perangkap ke atas Muslimin pada berbagai penjuru, dan kelemahan bumi Islam serta tiadanya bantuan terhadap saudara-saudaranya sesama Islam yang terdedah kepada perangkap dan penderitaan ini. Tapi disebalik gambaran yang menyedihkan ini kita mestilah memulakan dengan diri kita untuk menjadi mukmin yang sebenar serta melazimkan diri kita dengan sifat-sifat mukmin, mendokong hak-hak ukhuwwah di antara kita dan memohon pertolongan daripada Allah niscaya Allah akan menolong kita ke atas semua musuh-musuh. Adapun masa depan adalah untuk Islam.

“Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah” (al Anfal: 39).

dan benarlah Allah berfirman:

“Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci” (as-Saff: 9)

ke atas Muslimin seluruhnya perlulah membetulkantawakal kepada Allah kerana Allahlah sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan. Dan hendaklah mereka menjadi seperti mereka yang telah disifatkan oleh Allah dalam firmannya:

“(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah lepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” (Ali Imran: 173-174).

Fenomena Penyembahan Syaitan (berita di Mesir: pent)

Sesungguhnya fenomena ini perlu kita selidik dan analisa maka kita berpendapat sesungguhnya Allah swt memberi amaran pada kita terhadap tipu daya syaitan dan perangkapnya seperti firman Allah:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala” (Faathir: 7)

dan firmannya lagi: “Bukankah Aku telah memerintahkan padamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. dan hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus” (Yasin: 60 61)

Oleh itu ia menjadi satu kewajiban terhadap Muslimin untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran serta tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan. dan firmannya lagi: “Inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu ikuti. Janganlah kamu ikut jalan-jalan (cara hidup) yang lain, kelak kamu akan bercerai berai dari JalanNya. Inilah yang dipesankan oleh Tuhanmu kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa” (al-An`am: 153).

Sepatutnyalah kita mengambil tahu sebab-sebab munculnya fenomena yang buruk ini agar kita dapat melindungi pemuda-pemuda kita daripada tergelincir ke dalamnya. Adapun saya mengira bahawa sebab utama berpuncanya daripada musuh zionis dan barat dan sesungguhnya Camp David telah membantu membawa penyakit ini. Zionism telah membawa kerosakan ini kepada negara kita. Mereka telah membantu kemasukan dadah dan kaset-kaset yang mengandungi penyelewengan serta lucah. Kita juga tidak lupa bahawa Yahudilah bertanggungjawab disebalik atisme yang lahir di dalam sosialisme dan merekalah yang memerangi selain daripada Yahudi terutamanya Islam. Dan merekalah manusia yang paling kuat permusuhannya terhadap orang-orang mukmin.

Di antara sebab-sebab yang membantu kewujudan fenomena ini kerana tiadanya perasaan kewatanan di kalangan para pemuda dan keadaan kelemahan politik, kemewahan yang tidak syari dan kekosongan masa serta ketiadaan matlamat yang boleh menyibukkan pemuda-pemuda untuk membina masa depannya dan memperbaiki watannya serta banyak mengembara keluar negara lalu terpengaruh dengan fasad ini. Dan di antara faktor yang lain adalah tindakan kerajaan memerangi semangat keugamaan dan gambaran mereka terhadap setiap Muslim adalah seperti Rahib (meninggalkan dunia) di samping penyempitan ini, dan begitu juga pemenjaraan dan mahkamah tentera dsbnya. Juga kosongnya silibus-silibus pelajaran daripada bekalan spritual dan pendidikan agama serta penambahan media-media yang merosakkan yang membantu menyesatkan dan membentangkan budaya-budaya asing untuk menjadi contoh kepada pemuda dan pemudi. Begitu juga galakan beberapa buku puak sekular dan kiri terhadap memerangi agama dan tujuan mereka untuk mengasingkan agama dari negara. Semua ini menggalakkan kepada penyelewengan. Di samping toleransi dalam memerangi dadah dan kekejian dan meninggalkan masyarakat menjadi mangsa pada media-media kerosakan dan undang-undang juga tidak menjanjikan balasan yang boleh menghalang perkara tersebut.

Beberapa Tanggungjawab Keluarga dan Kerajaan

Di sana terdapat satu tanggungjawab yang besar ke atas institusi keluarga dan pentarbiahan terhadap anak-anak. Setiap penjaga (ibubapa) adalah bertanggungjawab terhadap penjagaannya serta wajiblah ke atas ayah dan ibu untuk mengambil berat terhadap didikan anak-anak, bukan untuk membantu mereka melakukan kerosakan dengan memberi mereka harta benda, kereta, dan kurangnya pengawalan terhadap tindak tanduk mereka. Para bapa hendaklah mengetahui bahawa Allah akan mempersoalkan mereka tentang penjagaan.

Wajiblah ke atas kerajaan untuk mendidik bangsanya melalui tauladan dan amalan yang serius serta produktif, di samping mengembeling tenaga pemuda ke arah pengeluaran yang produktif dan mendidik mereka berjihad dan menjaga tanah air daripada sebarang pencerobohan. Kami berharap daripada pemuda-pemuda untuk mengambil iktibar daripada fenomena ini. Maka janganlah mereka mengabaikan urusan agamanya dan hendaklah mencari benteng pertahanan dariapada tergelincir kedalam jurang yang bahaya ini. Hendaklah mereka mempersenjatakan diri dengan senjata iman dan taqwa serta mengambil berat terhadap masa depan yang hakiki agar mereka berjaya di hari akhirat dengan syurga dan nikmatnya serta selamat daripada neraka dan apinya. Sesungguhnya kami melihat bahawa fenomena penyembahan syaitan adalah satu fenomena sosial dan pendidikan pada peringkat yang pertama sebelum dia menjadi satu jenayah. Oleh itu mestilah setiap ahli masyarakat dan pendidikan untuk mengkajinya dan meletakkan jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengubatinya serta membersihkan masyarakat daripadanya dan kesannya. Media massa terutamnya television hendaklah mengadakan topik-topik perbincangan untuk memperingatkan para pemuda dan ketua-ketua serta tunggak negara kepada faktor faktor yang membawa kepada fenomena tersebut serta cara yang boleh menutup jalan yang membawa para pemuda jatuh ke dalam jurang ini. Metod-metod kekerasan sahaja bukanlah metod yang terbaik untuk penyembuhan tetapi hendaklah khidamt peranan pasukan keamanan serta kehakiman untuk menumpukan perhatian terhadap siapa yang telah sabit jenayahnya dan memberi balasan yang sepatutnya.

http://dakwah.info/?p=30

Kamulah Yang Tinggi (Mulia) Sekiranya Kamu Beriman

Kamulah Yang Tinggi (Mulia) Sekiranya Kamu Beriman

RISALATUL-IKHWAN

Bil 37, Jumaat, Zulqaedah 1417, (4 April 1997)

Dari pena Mustafa Masyhur

Wahai Arab dan Muslimun!

Kamulah Yang Tinggi (Mulia) Sekiranya Kamu Beriman

Sesungguhnya pertentangan menentang musuh zionis ini telah mewajibkan sikap secara berterus terang dan pendedahan meskipun tidak disenangi oleh sebahagian orang, tetapi ia harus kerana untuk merealisasikannya demi kebaikan serta kepentingan kita semua dengan mewajibkan sikap supaya berterus terang kepada negara Islam kita, rakyat dan pemerintah.

Sesungguhnya musuh mengetahui apa yang ia kehendaki serta mengetahui bagaimana merealisasikan apa yang dikehendakinya.

Adapun kita orang Arab dan Muslimin kadangkala kebanyakan kita merasa keliru, maka kita dapati mereka melihat kepada permasalahan Palestin seolah-olah merupakan permasalahan tanah yang dirampas oleh musuh daripada orang-orang Palestin lalu ia khusus untuk bangsa Palestin, oleh itu merasakan ianya boleh membantu menyelesaikan perkara ini dengan menjauhkan musuh secara mengutuk, pengisytiharan serta meminta Majlis Keamanan, atau PBB untuk memberi tekanan kepada musuh supaya berhenti daripada berterusan menceroboh. Malah fahamilah, sesungguhnya kita telah mendapati terdapatnya kefahaman ini pada masa yang lepas daripada mereka yang berkata “selagimana PLO bersetuju bermuafakat dengan musuh maka tidak ada tentangan daripada pihak kami (negara Arab dan Muslimin) kerana ia adalah bumi mereka”.

Sedangkan hakikat yang sebenarnya bukanlah demikian. Urusan ini merupakan kepentingan Muslimin seluruhnya. Adapun Masjid al Aqsa dan tanah-tanah disekitarnya yang diberkati Allah adalah qiblat yang pertama dan Haram yang Ketiga. Maka inilah perkara yang mewajibkan ummat Islam seluruhnya untuk bergerak mempertahankannya serta membebaskannya daripada tangan musuh perampas serta tidak semata-mata berpada dengan pemulauan. Adapun untuk mengiktiraf kewujudan zionis perampas dan mengadakan perjanjian-perjanjian dan hubungan dengannya merupakan sesuatu yang ditolak dan merupakan maksiat terhadap Allah dan Rasulnya juga membantu untuk memperkukuhkan kedudukannya bahkan untuk memperluaskan lagi kawasan tanahnya. Setiap daripada kita mengetahui matlamatnya iaitu “Israel Kubra” (The Greater Israel) yang mereka belum mengubah pendirian terhadap matlamat tersebut.

Adapun untuk memerangi pemuda-pemuda yang mempertahankan tanahairnya yang dijajah telah disifatkan secara silapnya sebagai terrorism, serta kekuatan Palestin pula melaksanakan penangkapan, penyiksaan serta hukuman ke atas pemuda atau rakyat Palestin yang bangkit menentang musuh, merupakan satu pengkhianatan terhadap permasalahan tersebut serta bertentangan dengan asas yang ditegakkan oleh PLO sendiri.

Sesungguhnya musuh terlalu ingin untuk mempunyai hubungan dengan negara-negara Arab dan Islam khusunya negara disekeliling secara hubungan individu. Bahkan ia takut terhadap hubungan secara kesatuan (organisasi) dengan negara-negara Arab dan Islam kerana hubungan secara kesatuan dengan negara-negara ini merupakan satu yang merbahaya kepadanya.

Sesungguhnya Amerika “Penjaga keamanan” telah membantunya untuk mewujudkan perpecahan dan perselisihan di anatara negara-negara Arab dengan mencetuskan peperangan Iran dan Iraq kemudian peperangan Iraq dan Kuwait. Kemudian Amerika mendokong musuh dan menggunakan kuasa veto di Majlis keamanan lebih daripada sekali dalam keadaan tenang dan bahagia kerana dengan tidurnya Alam Islami dan tenggelam mereka di dalam kelemahan dan perselisihan yang telah dimulakan di antara negara-negaranya. Yang mana sesetengah negara kita pula telah mempertahankan untuk melangsungkan hubungan permuafakatan-permuafakatan dan membenarkan tentera-tenteranya berada di atas buminya daripada negara-negara Arab sendiri seperti Iraq.

Sangatlah mendukacitakan kerana negara Arab dan Islam telah membiarkan Musuh melakukan apa yang mereka suka di atas bumi Palestin samada pembunuhan, penghalauan dan penempatan untuk orang-orang Yahudi serta memperluaskan kekuatannya dan menyekat Intidadhah, membina terowong sebagai persiapan untuk memusnahkannya serta pengepungan orang-orang Palestin yang berada di Dufah dan Ghaza dalam keadaan mereka tidak bersenjata sementara negara-negara kita masih berpada dengan kutukan.

Peringkat Yang Baru

Allah menghendaki untuk mengubah kerajaan musuh lalu datanglah Netanyahu yang dengan kesombongannya serta angkuhnya menyingkap niat-niat yang keji yang sebenar zionis dan memutuskan perjanjian-perjanjian yang telah lalu. Dia mahu pertukaran tanpa syarat-syarat yang terdahulu kemudian dia menetapkan untuk penempatan baru terutamanya di al Quds yang sentiasa disebut olehnya sebagai ibu negara Israel yang abadi.

Dia memulakan dengan segenap keangkuhan dengan pembinaan penempatan Jabal Abu Ghanim meskipun mendapat bantahan antarabangsa yang didokong oleh Amerika dengan kuasa veto. Begitulah Yaser Arafat melihat kembali tindakannya serta negara-negara Arab dan Islam terutamanya rakyat-rakyat mula bangkit daripada kelekaannya lalu tergeraklah keimanannya maka tunjuk perasaan diadakan untuk mengisytiharkan strategi-strategi musuh dan meminta kerajaan Arab dan Islam untuk mengambil sikap yang lebih proaktif dan memadai dengan kutukan semata-mata. pemuda-pemuda juga telah menyatakan kesediaan untuk berjihad pada Jalan Allah untuk membebaskan al Quds dan Masjidil Aqsa.

Telah bermulalah persidangan-persidangan di Islamabad, Rabat dan di universiti universiti negara Arab serta menjadikan permasalahan Palestin sebagai tajuk utama persidangan dan meluluskan resolusi untuk memutuskan hubungan apa sahaja dengan zionis. Adapun resolusi yang kami tekankan adalah untuk menyempurnakan kajian yang mendalam dan serius untuk menyingkap niat-niat musuh dan mengetahui langkah-langkahnya yang akan datang lalu meletakkan perancangan untuk penyelesaian tanpa melaksanakannya lagi dan untuk menjelaskan kepada kita strategi strategi tipu dayanya dan janji-janjinya yang memperdaya.

Sesungguhnya telah menjadi kebiasaan apabila diangkat kutukan atau penentangan dia (musuh) berundur sekejap sehingga keadaan tenang kemudian ia meneruskan kembali perjalanan dan perancangan utamanya. Telah datang perwakilan Amerika untuk cuba melunakkan ketegangan yang memuncak dengan mengadakan pertemuan dengan Yaser Arafat di Maghribi lalu berjumpa dengan Netanyahu supaya sempurnalah permuafakatan untuk memberhentikan kerja-kerja penempatan baru dengan alasan terdapatnya kubur-kubur di tempat tersebut. Kemudian selepas beberapa waktu mereka (musuh) mula mengambil ringan permuafakatan ini dan meneruskan kerja penempatan tersebut selepas usul menentang mereka menjadi tenang.

Langkah-Langkah Serius Di Atas Jalan Ini

Sesungguhnya bangsa-bangsa Arab dan Islam merasa marah dan sempit dada dengan tindakan musuh zionis maka tidak dapat tidak hendaklah mewujudkan gerakan secara nasional (besar-besaran) dan menyuburkan perasaan ini serta melengkapkan untuk menentang musuh. Sehubungan dengan itu telah dibenarkanlah oleh persidangan persidangan secara nasional berhubung permasalahan Palestin bahawa tidak dapat tidak mesti ada kerjasama parti-parti serta kekuatan nasional di dalam gerkan ini dan penyediaan pemuda-pemuda untuk menghadapi musuh dengan segenap yang mungkin dengan jiwa dan harta.

Kerajaan Arab dan Islam hendaklah mengetahui bahawa sekiranya musuh zionis memiliki senjata nuklear kita pula memiliki senjata-senjata ekonomi dan juga senjata sosial serta politik.

Mengapakah orang Arab dan Islam tidak mengisytiharkan kewajiban pemulauan kewujudan zionis. Kenapakah Bank-bnak, dan syarikat-syarikat tidak memutuskan hubungan dengan musuh. Kenapakah kita tidak menyekat petrol dan gas daripada negara kita kepada musuh. Bahkan kenapakah kita tidak menyekat sebarang hubungan dagangan dan pelancungan dengannya sebagaimana kita menyekat pertukaran lawatan untuk rakyat-rakyat negara dengan rakyat zionis. Kenapakah kita tidak memanggil diplomat-diplomat kita yang berada di tempat musuh dan menghalau diplomat diplomatnya daripada negara kita. Kenapakah Yaser Arafat tidak mengisytiharkan secara rasmi bahawa Palestin itu sebagai sebuah negara Palestin dan ibu negaranya al Quds lalu diiktiraf oleh setiap negara Arab dan Islam. Kenapakah tidak dihentikan kebersamaan dengan musuh dan kita seru rakyat Arab dan Islam untuk memberhentikan menggunakan barang Amerika dan Zionis.

Saya berpendapat kalaulah terlaksana tindakan seumpama ini dalam bentuk berkumpulan nescaya ianya akan menakutkan musuh lalu memaksanya berundur. Sesungguhnya musuh mendidik bangsa Yahudi bahawasanya bumi Palestin adalah hak mereka dan wajiblah ke atas mereka untuk tidak membiarkan walaupun satu jengkal daripadanya sehingga mereka membina negara mereka di atas bumi tersebut, sepertimana Mesir membina di atas buminya dan Amerika membina di atas buminya. Keangkuhan musuh berterusan sehinggalah ia memberi amaran terhadap Yaser Arafat sekiranya dibiarkan Intifadhah berterusan dia akan bersemuka dengan kekuatan. Sesungguhnya Menteri Keadilan mereka telah berkata bahawa mereka akan mengusir Yaser Arafat daripada Palestin sekiranya Intifadhah masih berterusan. Sesungguhnya kekuatan mereka dan kereta-kereta kebal mereka telah meliputi sekitar bandar Palestin dan bersiap sedia untuk menghancurkan dengan kekuatan.

Dan Janganlah Kamu Berasa Hina dan Sedih Kerana Kamulah Yang Mulia

Kita hendaklah berterus terang bahawa Asasnya untuk kita menangani permasalahan ini adalah sebagai satu permasalahan Rabbani bagi menentang musuh Allah. Dan musuh-musuh ini bukanlah semata-mata tentang perampasan tanah. Allah telah berfirman kepada kita bahawasanya

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahui…” (al Anfal: 60).

Hendaklah kita mengetahui bahawa kekuatan yang pertama dan terpenting adalah kekuatan Iman yang melayakkan kita untuk mendapat pertolongan Allah, yang mana dalam firmannya lagi: “…demikianlah menjadi kewajiban atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman” (Yunus: 103)

Maka janganlah kekuatan musuh dan orang yang membantunya menggerunkan kita kerana Allahlah yang lebih berkuasa lagi mulia. Bagi Allahlah tentera-tentera di langit dan di bumi, dan dialah yang menetapkan orang-orang yang beriman serta melemparkan perasaan gerun ke dalam hati-hati orang-orang kafir. “Hai orang-orang beriman, jika menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad: 7) Dan barangsiapa yang berpegang kepada Allah nescaya Allah tidak akan mensia-siakannya selama-lamanya, dan barangsiapa yang mengharapkan pertolongan selain daripada Allah, Allah akan menghinakannya.

Maka ke atas orang-orang Arab dan Muslim ia perlulah menghayati permasalahan ini, sebagai peperangan untuk Allah dan untuk memenangkan agama Allah di atas musuh Allah, serta membebaskan tanah tanah suci Islam daripada tangan musuh. Dengan niat ini maka akan dituliskan syahid bagi setiap orang yang menemui Allah di dalam pertarungan ini, maka alangkah besar darjatnya. Inilah dia jalan yang benar untuk menguasai pertarungan ganas ini, maka kerajaan-kerajaan Arab dan Islam hendaklah menyediakan persiapan Rabbani di negaranya serta mempersiapkan rakyatnya untuk kewajiban mereka. Ia hendaklah memberikan kepada mereka kebebasan, mengangkat kezaliman daripada mereka dan menghentikan setiap cara yang menjejaskan aqidah Islam ataupun menyebabkan kelalaian pemuda. Maka media massa hendaklah diperbaiki supaya ia menjadi satu alat yang berkesan ke arah pembinaan (Rabbani) ini.

Begitu juga kaedah-kaedah pendidikan yang bermanfaat lagi membina untuk mendidik generasi-generasi, kerana tiada nilai pun untuk sebarang negara walaubagaimana kuat sekalipun keadaan material mereka, sekiranya rakyatnya lalai dan berpeluk tubuh (leka).

Mungkin bermanafaat untuk kami menutup tulisan ini dengan ayat-ayat yang mulia yang telah diturunkan oleh Allah untuk meningkatkan semangat juang Muslimin selepas kekalahan di dalam peperangan Uhud, yang mana di dalam firmannya:

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu. Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” (Ali Imran: 139 - 142).

”Dan aku bermohon kepada Allah untuk mengambil tangan-tangan kita supaya kita menjadi orang-orang yang layak untuk mendapat pertolongan dan dokongannya, ya Allah perkenankanlah!. Tidakkah aku telah sampaikan ya Allah, maka saksikanlah”.

http://dakwah.info/?p=31

Peristiwa Isra' & Mi'raj - Kaitannya dengan Iman dan Takwa

Alhamdulillah, puji syukur kita tautkan kehadrat ALLAH yang Maha Segalanya... Solawat serta salam juga kita iringkan kepada Junjungan Baginda Muhammad s.a.w yang telah menggiring hati dan fikiran kita kepada Rabb yang Hak; seterusnya kepada ahli keluarga baginda yang mulia, para sohabat, muslimin muslimat yang teguh berpegang dengan deenul haq hingga ke titisan darah terakhir.

Amma ba'du;

Sesungguhnya Peristiwa Isra/Mi'raj yang telah dirakam ALLAH kenyataannya di dalam Al-Quran membawa banyak hikmah dan pengajaran kepada seluruh ummat manusia. Seharusnya peristiwa agung ini tidak hanya diceritakan semula umpama ceritareka yang kadangkala dijadikan gelak tawa. Melaluinya Anda semua seharusnya tahu betapa ALLAH telah mengagungkan Nabi Muhammad s.a.w dengan izinNya dihadapan para Anbiya dan Murslin dengan mengimami mereka di dalam solat. Rasulullah s.a.w jugalah satu-satunya makhluk yang diizinkan ALLAH SWT untuk sampai ke Sidratul Muntaha; sekaligus mengisyaratkan kemuliaan baginda Nabi s.a.w.

Justeru, masihkah Anda ragu-ragu dengan kemuliaan, syariat, manhaj Rasulullah s.aw itu? Sesungguhnya hanya mereka yang buta mata hati, yang sengaja memekakkan telinganya, dan menggerutu degil dengan taklid buta kepada kepercayaan-kepercayaan palsu sahaja yang tidak akan melihat dan merasai kebenarannya.

Saudara-saudara;

Melalui peristiwa besar yang banyak merajut keyakinan manusia inilah Rasulullah s.a.w menerima pensyariatan IBADAH SOLAT yang akhirnya difardhukan kepada kita semua. Peripentingnya ibadah ini sehingga diwahikan tanpa wasilah malaikat Jibril tentunya memiliki hikmah dan keagungan tersendiri.

Rupa-rupanya saudara ku semua; Ibadah solat inilah tonggak dan tiang utama dalam kehidupan seluruh ummat manusia. Ibadah inilah yang membezakan tingkat kedudukan setiap insan disisi ALLAH. Ibadah inilah komunikasi kita dengan-Nya. Melalui ibadah inilah semua insan yang memiliki aqal fikir meluaskan prospek kehidupan mereka dibawah naunganNya. Dengan ibadah inilah juga kita mampu mengerti makna KEHIDUPAN yang sebenar. Insan mukmin muttaqin menjadi ahli disiplin kerananya. Mereka menyusun tatacara hidup pun dengannya jua. Malah banyak lagi 'buah manisnya' yang kita boleh nikmati dalam kehidupan ini.

Saudara;

Iman dan taqwa pun terbentuk kukuh dengannya. IMAN @ keyakinan tidak cukup diertikan dengan hanya mendidikan / mentarbiyyah akal fikir dengan ilmu akidah yang ritual semata-mata. Untuk merasai manisnya iman itu wajib disertakan dengan manifestasi mutlaq secara terus kepadaNYA. Dan, amalan inilah (solat inilah) penghubung langsung kita denganNYA.

Ketahuilah! Iman itu asal muasalnya diumpamakan sebagai tubuh yang polos, bersih (tanpa lapis pakaian / telanjang), maka, pakaiannya adalah taqwa, manakala buah manisnya adalah rasa malu (rasa malu / rasa rendah diri / tahu diri / insaf diri kepada AL-KHAALIQ dll).... inilah buahnya! [ catatan: maksud dan taraf dari hadith ini masih perlu digali lagi ]

Jelasnya iman dan taqwa itu adalah seiring dan sejalan, tidak boleh sama sekali berpisah dan dipisahkan. Iman itu perlu dipelihara dengan taqwa agar bisa menghasilkan buah/natijah yang terbaik.

Wamaiy yattaqillah .... ertinya ialah sesiapa yang bertaqwa/ yang memelihara imannya / memelihara keyakinannya / yang taat & patuh / yang takut dan gerun dengan siksaanNYA / yang menjaga dan memelihara segala kewajipannya ( suruhan & larangan ALLAH ) ---> itulah AL-TAQWA itu. Itulah yang dinamakan WIQAAYAH.

Saudara;

Marilah kita membina kemantapan iman & taqwa melalui ibadah SOLAT dengan tulus ikhlas dan dengan ilmu yang tepat / sohih. Hubungkanlah tubuh, akal dan jiwa kita kepada ALLAH dengan Solat yang sesungguhnya.

Marilah kita mantapkan hubungan kita dengan ALLAH Tabaaraka wataala! Hubungilah IA dengan tadorru awwa khufyah pada nomborNYA yang tak pernah putus dan tergendala, melainkan bagi mereka enggan, lalai dan tak tahu malu (sila akses nombor 24434+7 dan pastikan anda berwudhu terlebih dahulu serta berbicaralah dengan sesunguhnya / penuh keinsafan). Namun begitu, nombor ini adalah untuk talian wajib dan umum. Maka untuk lebih afdhal dan makbul akseslah pula nombor 222+3@1. Kenapa? Sebab talian murah. Bila? Pada waktu tengah malam. Kenapa tengah malam? Cepat sambung / talian tidak sibuk. Orang kan tengah tiduuur... wa minal laili fatahajjad bihi naafilatan...

Saudara;

"Iman itu bukan angan-angan, bukanlah pula sebagai semata-mata hiasan. Akan tetapi iman itu ialah apa yang mantap/kebal didalam hati dan dibuktikan / dibenarkan dengan amal perbuatan" [al-hadith]

**** Tegakkanlah Agama dalam dirimu dan uruslah dunia dengan kekuatannya *****
* Iqaamatiddin wa siyasatuddunnya bihi *

Satu Malaysia...

Assalamualaikum wtb...

Satu Malaysia atau Malaysia Malaysian?

Apa yang istimewanya atau apa peliknya kosa kata / istilah ini?

Sesungguhnya kata keramat ini telah sedikit sebanyak memanaskan kembali suasana politik negara! Tapi... apa istimewanya? Apa peliknya? Sehingga ia menjadi bahan segar akhbar-akbar tempatan. Relevenkah untuk dibicarakan oleh semua? Apa kesannya? dll

Yang nyata, bagi saya ia biasa dan memang biasa, khususnya kalau kita sandarkan kepada perjalanan siasah negara kita. Ia biasa dan biasalah setiap pemimpin apatahlagi pemimpin no. 1 negara mesti dan wajib melakukan, merangka, mengagendakan dan merealisasikan sesuatu sebagai aspirasi, aset, 'trademark', produk dan halatuju dalam kepimpinannya.

Justeru, walaupun kalimah tersebut biasa-biasa saja dan sanggup dimengerti oleh orang awam sekalipun, namun bagi seorang pemimpin, kalimah ini amat penting dan memiliki pengertian tersendiri & berisi sesuatu misi tertentu. Itu pasti!

Ia adalah keyword atau password!

Kerana ia lahir dari idea seorang pemimpin, lalu keluar dengan lisannya merata kepada seluruh warganegara, maka ia pun dibahaskan dengan sebegitu terperinci sekali. Dan, sememangnya dengan keyword yang satu ini bagi PM kita, ia akhirnya menjadi rangka, pasak, tiang, muara dan punca daripada setiap agenda yang dirangka, dimahsyurkan dan dimanifestasikan dalam pembangunan seutuhnya dalam Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Apa peranan kita sebagai kaki dan tangan serta pancaindera kepada pembangunan Negara yang satu ini?

Marilah kita semua berganding bahu, menyokong serta mendokong aspirasi kepimpinan Negara dengan indikator dan kondisi keimanan yang tinggi, akhlak yang terbaik dan pengetahuan / ilmu yang mendalam meliputi keseluruhan aspek.

Dan, ketahuilah bahawa dalam kita bergerak seiring sejalan; duduk sama rendah, berdiri sama tinggi; membantu menggerakkan 'cita-cita' ini, maka aspirasi mutlak kita sepatutnya adalah dengan wasiat AL-QURAN & SUNNAH sesuai dengan kehendak / aturan ALLAH & contoh peribadi Rasulullah s.a.w!

Catatan ini hanya sekadar ingatan buat diriku jua.

Ma'assalamah...

Ingatan buat diriku....

Assalamu'alaikum wtb....

Alhamdulillah. Ku serukan puji syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau jualah yang Maha Menatap, Maha Mendengar rayuan hamba-hambanya yang mendambakan kasih sayangNya. Engkaulah jua yang memegang segala urusan dan mentadbir seluruh alam jagat ini.

Ya ALLAH, pada-Mu jua ku pohon inayah, hidayah dan taufiq dalam samudera pelayaran hidup ini. Ku pohon hikmah dan ilmu-Mu yang teramat luas. Peliharalah jua diri ini dari hasad dengki dan fitnah sesama. Tunjukkan pada hamba-Mu ini segala yang haq sebagai sebenar-benar haq, dan doronglah aku untuk mengikuti kebenaran itu. Tunjukkanlah juga aku mana yang bathil dengan jalan yang jelas, dan berilah aku kekuatan untuk menghindarinya.

Pada Rasul-Mu aku berusaha untuk mengambil contoh ibrah kehidupan. Pimpinlah aku untuk mengikutinya, dan jadikan aku pengikut millah dan deen Baginda yang lurus ini. Aku redha Engkau Ya ALLAH menjadi Tuhanku, Islam sebagai cara hidupku dan menyakini Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul-Mu. Kepada-Mu kupohon kesabaran, ketenangan dan keyakinan dalam menempuhi mehnah kehidupan dunia ini.

Akhirnya, buat muqaddimah blog ini, mudah-mudahan ia menjadi sarana muhasabah sepekan selain sebagai ruang dan wadah untuk mengevaluasi qalbu dan mengasah materi dakwah. Semoga blog ini menjadi sebahagian indikator semasa dalam memanipulasikan segala macam masam-manis-pahit dan pedasnya kehidupan ini.

"In uriidu illal islaahi mastato'tu - wamaa taufiiqi illa billaahi - 'alaika tawakkaltu wa ilaihi uniib"

Wallahu waliyyut taufiq.
Wassalam

26 Ogo 2008

PENGHAYATAN TERHADAP KONSEP HALALAN TAYYIBAN


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

" PENGHAYATAN TERHADAP KONSEP HALALAN TAYYIBAN "

( 4 Julai 2008 / 1 Rejab 1429H )

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita bersungguh-sungguh bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi contoh terbaik kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah " PENGHAYATAN TERHADAP KONSEP HALALAN TAYYIBAN " .

Pengambilan makanan Halalan Tayyiban atau halal yang baik bukan sahaja melahirkan masyarakat yang cergas bahkan akan menjana ekonomi umat. Menurut beberapa penganalisis ekonomi dunia, nilai pasaran makanan halal dunia pada masa ini dianggarkan bernilai USD560 bilion setahun yang melibatkan RM1.6 bilion pengguna umat Islam di seluruh dunia. Berdasarkan pasaran luas makanan halal di dunia, maka negara bukan Islam atau syarikat bukan Islam telah berlumba-lumba mengambil kesempatan bagi mengeluarkan makanan dan produk-produk halal yang lain.


Saudara-saudara sekalian;

Persoalan besar timbul ialah apakah maksud sebenar Halalan Tayyiban? Berdasarkan pemerhatian, sebahagian umat Islam hanya memahami makanan halal adalah makanan yang bersumber daripada binatang halal halal disembelih dan tidak mengandungi lemak babi. Ini adalah pemahaman yang silap.


Berdasarkan pemahaman yang silap ini, maka kita lihat orang Islam kelihatan menjual makanan yang halal tetapi premis atau kedai kotor, pinggan mangkuk, tempat memproses makanan, stor dan sebagainya tidak bersih dan menjijikkan. Kadangkala penjual dan pekerja juga tidak menjaga kebersihan diri mereka. Keadaan ini bercanggah dengan ajaran Islam dan Prinsip Halalan Tayyiban.


Hakikatnya prinsip makanan Halalan Tayyiban bermaksud makanan itu halal lagi bersih dan selamat untuk dimakan yang mengambil kira status sumber makanan, peralatan, cara memproses, peyimpanan, pembungkusan dan kawasan persekitaran bebas daripada najis serta mematuhi standard amalan kebersihan yang ditetapkan.


Saudaraku yang dikasihi ALLAH;

Kita sering mendengar orang ramai dan pelajar sekolah yang memakan makanan halal di kedai makan dan di kantin sekolah mengalami keracunan makanan. Keadaan ini berpunca daripada sikap penjual atau pengguna sendiri yang mengabaikan aspek kebersihan makanan.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 173-172:

Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman ! makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadah kepada-Nya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani “ .


Ayat tersebut menjelaskan bahawa kita perlu memastikan bahawa makanan dan minuman yang diambil adalah daripada sumber yang halal kerana makanan yang halal akan memberi kesihatan jasmani dan rohani.


Saudara seakidahku sekalian;

Apa yang nyata prinsip makanan Halalan Tayyiban yang dianjurkan oleh Islam adalah sesuai diamalkan oleh manusia sejagat. Bagi memenuhi tuntutan Islam ini, maka umat Islam berkewajipan mengusahakan pengeluaran makanan halal dunia. Walau bagaimanapun bilangan umat Islam yang melibatkan diri dalam industri halal ini masih lagi kurang.


Berdasarkan statistik permohonan sijil halal JAKIM didapati 95 peratus permohonan adalah terdiri daripada syarikat-syarikat yang bukan Islam. Oleh itu, mimbar Jumaat hari ini menyeru agar umat Islam melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam industri makanan dan produk halal untuk menjaga status Halalan Tayyiban demi memenuhi standard piawaian yang ditetapkan dalam ajaran Islam.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar yang mulia ini ingin menarik perhatian jemaah, mengapa Islam mewajibkan kita mendapatkan sumber rezeki dan makanan yang halal? Dalam hal ini Rasulullah SAW telah memberi amaran menerusi hadith baginda:

Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Wahai Kaab bin ‘Ujrah Sesungguhnya seseorang tidak akan masuk syurga jika terdapat daging yang tumbuh di dalam tubuh badannya daripada sumber yang haram. (HR Ad-Darimi)

Perlu diingat bahawa seseorang yang mengamalkan gaya hidup dengan mengambil berat aspek rezeki dan pengambilan makanan halal lagi baik adalah di antara tanda-tanda orang yang beriman.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Berbagai cara boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa sumber makanan kita itu halal, antaranya :

Langkah Pertama : Adalah dengan memastikan bahawa makanan tersebut terdapat logo halal yang diiktiraf oleh badan-badan yang berautoriti seperti logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan serta Majlis Agama Islam Negeri.

Langkah Kedua : Kita perlu berwaspada dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang amalan kebersihan dan keselamatan makanan seperti yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Langkah Ketiga : Memastikan rezeki dan makanan adalah bebas daripada unsur syubhah.

Maksudnya : " Wahai sekalian manusia ! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. " (AL-Baqarah : 168)


*** Quu anfusakum wa ahliikum naaro ***

MENONGKAH ARUS DENGAN IMAN & TAQWA

Assalamualaikum wtb...


Alhamdulillahi hamdan kathiraa kamaa amr...

Seringkali sebelum memulakan isi ucapan kita terbiasa atau pernah terdengar mereka berbicara tentang betapa perlunya kita mengucapkan jutaan kesyukuran kepada ALLAH SWT di atas pemberian nikmat yang terbesar, mengatasi segala nikmat-nikmat lain yang ALLAH limpahkan kepada kita sebagai hambanya; TENTUNYA NIKMAT IMAN DAN ISLAM..

Kita tidak dapat nafikan bahawa hanya Islam sahaja agama yang diredhai oleh ALLAH dan betapa beruntungnya mereka yang dikurniakan iman yang sejahtera..Apatah lagi merasakan manisnya bila beribadah kepada ALLAH Yang Maha Besar..

Namun sejauh mana kesyukuran kita terhadap dua nikmat ini perlu kita sama-sama muhasabah diri kita..

Umat Islam di zaman ini ibarat buih-buih di lautan. Kuantiti yang ada tidak mengambarkan kualiti yang sepatutnya dari segi kekuatan dan pengaruh Islam itu sendiri..

Umat Islam ditindas, dihina dan dicaci, dinafikan hak warganegara mereka dan pelbagai penghinaan ditimpakan ke atas mereka yang mengucapkan syahadah.. Walaupun mempunyai bilangan yang ramai, namun, umat Islam tidak mampu berganding bahu dan tenaga melawan kafir laknatullah malah mereka lebih rela melihat rakan seakidah mereka ditindas dan dihina...

Oleh sebab itu kekuatan fizikal tidak menjamin kita mampu melawan segala cabaran dari pihak kafir kerana hanya kekuatan Iman yang akan membantu kita untuk mengatasi segala masalah yang menimpa diri..


Ambillah iktibar dari Perang Badar..

Bilangan tentera kaum muslimin adalah kecil berbanding kaum musyrikin. Namun kekuatan Iman dan keyakinan mereka terhadap kuasa ALLAH SWT mengatasi segala-galanya telah membantu mereka mencapai kemenangan yang besar.. Mereka berasa terlalu bersyukur kerana dengan dakwah dan pengorbanan Rasulullah mereka dapat merasai nikmat Iman dan Islam lantas berjanji setia untuk mempertahankannya hingga ke titisan darah..

Tauladan seperti ini perlu ditanam pada diri kita.. Tingkatkan keimanan kepada ALLAH SWT... Tidak cukup kita hanya percaya bahwa ALLAH SWT itu wujud dan percaya segala rukun iman tetapi kita perlu yakin akan semua perkara tersebut..Yakin seratus peratus bahawa ALLAH sahaja tempat kita bergantung bukannya manusia..

Melawan arus globalisasi hari ini tidak cukup dengan hanya bertitlekan Islam sahaja..Kita lihat betapa ramainya remaja Islam kini yang terjebak dengan gejala sosial.. Begitu menyedihkan.. Tidak perlu dijelaskan di sini berapa bilangan mereka yang terlibat.. Apa yang lebih penting moral dan tauladan yang kita perlu kutip bahawa tanpa Iman dan Ihsan dijiwa, kita akan mudah tersasar dari jalan Islam yang ditekankan dalam Al-Quran dan As-sunnah..

Pertahankanlah ia di dalam hati dan keyakinan dengan sesungguhnya!

*** ISLAM + IMAN + IHSAN = MUTTAQIIN / IBAADUR RAHMAN ***

Wallahu waliyyut taufiq.
WASSALAM

Renungan sahaja....

....sambungan....

Assalamua'alaikum wtb...

Alkisah;

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN"

Wallahu 'alamu bissowaab.

WASSALAM