KEIMANAN MUSLIM
Al-Qur'an menyatakan bahawa semua Muslim harus percaya pada Tuhan, wahyu-Nya, malaikat-Nya, pesuruh-Nya, dan pada "Hari Pengadilan".[14] Juga, terdapat kepercayaan lain yang berbeza antara mazhab khusus. Konsep Sunni dari pradestinasi dipanggil takdir ketuhanan,[15] Manakala versi Syi'ah pula dipanggil keadilan ketuhanan. Unik kepada Syi'ah ialah doktrin Imamah, atau kepimpinan politikal dan spiritual dari Imam.[16]
Muslim percaya bahawa Tuhan mewahyukan pesanan terakhir-Nya kepada kemanusiaan melalui Nabi Islam Muhammad s.a.w. via malaikat Jibrail. Bagi mereka, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabiullah terakhir dan Al-Qur'an merupakan wahyu yang baginda terima lebih dari dua dekad.[17] Dalam Islam, nabi-nabi adalah lelaki yang dipilih oleh Tuhan untuk menjadi pesuruh-Nya. Muslim percaya bahawa nabi-nabi adalah manusia dan bukan ketuhanan, meskipun sesetengah mampu melakukan mukjizat untuk membuktikan kenabian mereka. Nabi-nabi Islam dianggap menjadi paling rapat kesempurnaan dari semua manusia, dan uniknya merupakan penerima dari wahyu ketuhanan-samada terus dari Tuhan atau melalui malaikat. Al-Qur'an menerangkan nama-nama dari berbagai tokoh yang dianggap nabi-nabi dalam Islam, termasuk Adam, Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s., dikalangan lain.[18] Teologi Islam mengatakan bahawa semua pesuruh Tuhan sejak Nabi Adam a.s. memberi perutusan dari penundukan-Islam kepada Tuhan. Islam dihuraikan dalam Al-Qur'an sebagai "sifat primordial atas dimana Tuhan mencipta manusia",[19] dan Al-Qur'an menyatakan bahawa nama tertib Muslim telah diberikan oleh Nabi Ibrahim a.s.[20]
Sebagai fenomena bersejarah, Islam berasal di Semenanjung Arab pada awal abad ke-7.[21] Teks Islam menceritakan Yahudi dan Kristian sebagai tradisi pengganti kenabian kepada ajaran Nabi Ibrahim a.s. Al-Qur'an menggelar Yahudi dan Kristian "Ahli Kitab" (ahl al-kitāb), dan membezakan mereka dari politheis. Muslim percaya bahawa bahagian dari kitab suci yang diwahyukan sebelum ini, Taurat dan Injil (Gospel), telah menjadi herot dalam intepretasi, dalam teks, atau kedua-duanya.[6]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan