ISLAM
Islam (B. Arab:
الإسلام; al-'islām?; disebut: [ɪs.ˈlæːm]) (aslama, yuslimu, islaman) merupakan agama Ibrahimik monotheistik yang berasal dengan pengajaran dari Nabi Islam Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan (B. Arab الله, Allāh).[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Tuhan]".[2][3] Terdapat antara 1 bilion ke 1.8 bilion Muslim, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian.[4]
Muslim percaya bahawa Tuhan mewahyukan Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w., Penutup segala Nabi Tuhan, dan menganggap Al-Qur'an dan Sunnah (kata dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.) sebagai sumber fundamental Islam.[5] Mereka tidak menganggap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pengasas agama baru, tetapi sebagai pemulih dari keimanan monotheistik dari Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Tradisi Islam menegaskan bahawa Yahudi dan Kristian mengherotkan wahyu yang Tuhan berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan intepretasi palsu, atau kedua-duanya.[6]
Islam memasukkan banyak amalan keagamaan. Penganut umumnya digalakkan untuk memegang Lima Rukun Islam, iaitu merupakan lima tugas yang menyatukan Muslim kepada sebuah komuniti.[7] Tambahan kepada Lima Rukun, hukum Islam (syariah) telah membangunkan tradisi perintah yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktikal seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.[8]
Hampir kesemua Muslim tergolong kepada salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah (85%) dan Syiah (15%). Perpecahan berlaku pada lewat abad ke-7 berikutan ketidaksetujuan atas kepimpinan politik dan keagamaan dari komuniti Islam. Islam adalah agama pradominan sepanjang Timur Tengah, baik juga seperti di bahagian besar Afrika dan Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti imigran Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,[9] 30% di subbenua India dan 15.6% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.[10]
http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan